BENCANA DI HARI RAYAMAJOR HUAN HULUR BANTUAN.Ketika Umat Islam sibuk Dan gembira menyambut hari lembaran, sebuah keluarga di Kampung Jawa,Bukit Tengah, Seberang Perai di kawasan Parlimen Batu Kawan bersedih apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.Major Huan Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat kunjungan ketempat kejadian bersama-sama dengan Ketua Umno Bahagian Batu Dato' Nordin Kassim bagi memantau keadaan serta menghulurkan bantuan.Turut.bersama mereka adalah Timbalan Ketua dan Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Kawan.Major Huan secara peribadi telah menghulurkan bantuan segera bagi meringgankan beban yang di tanggung oleh mangsa. Menurut Major Huan, rumahmangsa yang terbakar itu terletak dalam Tanah orang lain Dan Tuan Tanah tersebut tidak membenarkan pembinaan semula bangunan baru diatas Tanah tersebut. Major Huan akan cuba membantu mangsa bagi mendapatkan rumah sewa untuk sementara waktu sebelum memikirkan cara lain bagi membantu keluarga tersebut.
Tuesday, August 21, 2012
MAJOR HUAN CHENG GUAN PERIHATIN
Saturday, August 18, 2012
Thursday, August 16, 2012
HARAM UNDI DAP, UNDI PAS????
KENYATAAN KARPAL SINGH TERHADAP HUKUM HUDUD DAN NEGARA ISLAM ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA
"Cross Over My Dead body" LANGKAH MAYAT AKU DULU
Umat Islam di Malaysia seharusnya sedar bahawa kenyataan yg pernah dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh satu masa dahulu adalah satu penghinaan terhadap agama dan umat Islam di Malaysia. Ugama Islam adalah agama rasmi dan majoriti penduduk negara ini adalah beragama Islam
Sebagai sebuah negara Islam yang mendapat pengiktirafan dunia, umat Islam diMalaysia sepatutnya memandang serius terhadap kenyataan Karpal itu. Berberapa kali sudah dia (Karpal) mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati utk pertahankan pendirian nya , maka rakyat Malaysia yg beragama Islam juga seharusnya sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost 'untuk pertahankan agama Islam di Malaysia dan tidak akan biarkan mana mana pihak pun dengan sewenang wenangnya menghina agama Islam.
Manakala PAS sebuah Parti yg mengakui memperjuangkan Islam dan konon nya hendak menegakan negara Islam dan hendak melaksanakan Hukum Hudud sepatutnya lebih perihatin kepada isu ungkapan Pengerusi DAP itu. Malahan pula DAP sekarang adalah rakan kongsi PAS yg sedang berangan-angan hendak ke Putrajaya.
Rakyat harus mendapat penjelasan dan pendirian daripada PAS mengenai isu ini memandangkan rakan sekongkol mereka DAP telah secara terbuka menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia yang kononnya diperjuangkan oleh PAS. Sekiranya PAS ikhlas dengan perjuangan mereka, maka PAS mestilah berani membuat keputusan untuk berpisah dari DAP yg terang-terang tidak sehaluan dengan perjuangan PAS. Jika sebaliknya berlaku ini menunjukkan bahawa PAS sebenarnya adalah sama seperti parti-parti politik lain di Malaysia dan sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri kerana mengunakan nama Islam tapi tak mampu untuk mempertahankan Islam dari dihina oleh oleh rakan pakatan mereka sendiri.
Baru-baru ini seorang ulamak yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan. Abdullah Sa'amah mengharamkan orang Islam daripada menyokong dan mengundi DAP kerana secara terang-terang menolak negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Katanya lagi, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Oleh yang demikian sekiranya PAS masih lagi tidak bertindak segera berpisah daripada DAP dan Pakatan yg bersekedudukan dengan nya, maka mengikut fatwa Abdullah Sa' amah maka haram lah orang Islam mengundi PAS..
Wallahuawalam.....
Sunday, August 12, 2012
HARAM UNDI DAP DAN RAKAN SEKONGKOLNya
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),
Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.
"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
"Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.
*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12
UNDI DAP HARAM.....?????
Adakah beliau selepas ini akan menjadi ahli Parti Cinta Malaysia ? Ini kerana Mejar Huan sendiri adalah pemimpin parti berkenaan .
Apa yang pasti wira negara ini tak sokong DAP !! ..haha.. wakil rakyat DAP lah yang menghina pengorbanan & perjuangannya ketika di Olimpik London 2012.
Friday, August 10, 2012
DATUK LCW SERTAI KELAB CINTA 1 MALAYSIA
Adakah beliau selepas ini akan menjadi ahli Parti Cinta Malaysia ? Ini kerana Mejar Huan sendiri adalah pemimpin parti berkenaan .
Apa yang pasti wira negara ini tak sokong DAP !! ..haha.. wakil rakyat DAP lah yang menghina pengorbanan & perjuangannya ketika di Olimpik London 2012.
Friday, August 3, 2012
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH UMRAH
Sunday, July 22, 2012
SELAMAT BERPUASA DARI SUARA N14 MACHANG BUBOK
Monday, July 2, 2012
CALON CALON DUN N14 MACHANG BUBOK
DUN N14 MACHANG BUBOK
BN,PCM, PKR & BEBAS
Friday, June 29, 2012
DARI MACHANG BUBOK KE BATU KAWAN 2
Wednesday, June 27, 2012
DARI MACHANG BUBOK KE BATU KAWAN
Tuesday, June 26, 2012
HUAN CHENG GUAN MENUBUHKAN KELAB CINTA MALAYSIA
Monday, June 25, 2012
Sunday, June 24, 2012
N14 DUN Machang Bubok bakal
Suara Machang Bubok mendapat tahu bahawa kerusi N14 DUN Machang Bubok bakal mempersembahkan pertandingan sekurang-kurang nya TIGA ataupun EMPAT penjuru pada Piliharaya Umum ke 13 yg bakal di adakan tidak lama nanti.
Seperti biasa PKR Sudah tentu akan mempertahankan kerusi yang di menangi mereka pada PRU 2008 tetapi akan meletakkan Calon lain kerana Wakil Rakyat yg mewakili mereka pada waktu ini dikatakan telah uzur akibat serangan angin ahmar dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat, manakala Barisan Nasional mengikut tradisi akan mempertaruhkan calon dari Parti GERAKAN memandangkan Penyelaras BN bagi DUN Machang Bubok pada waktu ini juga iaitu SDR OOI SUAN HOE adalah dari GERAKAN. Parti Cinta Malaysia (PCM) pula sudah mengesahkan akan bertanding di kawasan ini dengan meletakkan Naib Presiden nya SDR HUAN CHENG GUAN sebagai calon di Machang Bubok. SMC juga telah mendengar dari sumber-sumber yg boleh dipercayai bahawa sekurang-kurang nya seorang calon Bebas berbangsa Melayu akan turut serta dalam pertandingan tersebutpada PRU 13 nanti.
Pengundi-pengundi di kawasan DUN N14 Machang Bubok berpeluang untuk memilih seorang Wakil Rakyat yg benar-benar mampu memikul tanggungjawab seperti di kehendaki oleh mereka. Buat lah satu pilihan yang tepat bagi memastikan anda memilih seorang calon yang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat mewakili kawasan ini.
Friday, June 22, 2012
Thursday, June 21, 2012
HUAN CHENG GUAN TURUN PADANG
Menerima aduan dari peniaga gerai di kawasan Machang Bubok |
Bersama Penduduk Machang Bubok |
Tuesday, June 19, 2012
PCM MINTA KDN KAJI KUASA POLIS BANTUAN MPSP
Monday, June 18, 2012
HUAN CHENG GUAN (PCM) MEMBUAT LAPORAN POLIS
Machang Bubok- 18hb Jun, 2012, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Sdr Huan Cheng Guan hari ini telah membuat satu laporan Polis terhadap penguatkuasa MPSP kerana telah membuka dan merampas bendera PCM yang baru di pasang di dalam kawasan tanah persendirian di Machang Bubok, Bukit Mertajam.