Monday, June 18, 2012

HUAN CHENG GUAN (PCM) MEMBUAT LAPORAN POLIS

GUAN ENG TAKUT TERNAMPAK 
BENDERA PCM

Machang Bubok- 18hb Jun, 2012, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Sdr Huan Cheng Guan hari ini telah membuat satu laporan Polis terhadap penguatkuasa MPSP kerana telah membuka dan merampas bendera PCM yang baru di pasang di dalam kawasan tanah persendirian di Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Ini lah sebahagian daripada Bendera PCM yg di pasang di tanah
Persendirian yang telah di rampas oleh MPSP

Menurut Huan, sebelum ini perkara seperti ini telah beberapa kali berlaku tetapi beliau masih boleh bersabar lagi dan bagi kali ini beliau berasa tercabar kerana bendera-bendera PCM yang di rampas oleh pihak berkuasa MPSP adalah di pasang di pagar kawasan tanah persendirian. Beliau merasakan bahawa perkara ini berlaku diatas arahan daripada pihak tertentu kerana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengadakan lawatan kerja di kawasan Machang Bubok pada pukul 12.00 tengah hari tersebut (Ahad) dan bendera-bendera PCM telah diturunkan dan di rampas oleh pihak penguatkuasa MPSP  pada pagi hari yang sama sebelum ketibaan Lim Guan Eng ke kawasan tersebut.

Di manakah kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat sedangkan memasang bendera di kawasan persendirian pun di rampas kerana Lim Guang Eng akan melawat kawasan tersebut. Ini menunjukkan bahawa PR telah takut untuk menghadapi PCM sehinggakan bendera PCM pun mereka takut dan terpaksa mengarah dan mengunakan penjawat awam yg mereka kuasai untuk mengambil tindakan. Ini adalah penyalahgunaan kuasa dan menurut Huan lagi beliau akan melanjutkan satu lagi laporan ke SPRM sebagai tindakan seterusnya.

 Huan sedang membuat Laporan Polis

Huan pada Sidang Media selepas 
membuat Laporan Polis

Ini lah kerajaan Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh Lim Guan Eng, cakap tak serupa bikin.. baru memerintah kerajaan negeri sudah salahgunakan kuasa untuk kepentingan parti nya bagaimana kalau memerintah negara??? Rakyat harus sedar dan jangan memilih mereka lagi dalam PRU 13 nanti, ulas Huan lagi.


No comments:

Post a Comment