Thursday, June 21, 2012

HUAN CHENG GUAN TURUN PADANG

         PEMIMPIN PERIHATIN

         Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Sdr Huan Cheng Guan sentiasa turun ke padang bertemu dengan penduduk-penduduk Batu Kawan dan Machang Bubok untuk bertanya khabar dan menyelesaikan masalah-masalah mereka. Sejak menjadi wakil rakyat Parlimen Batu Kawan bagi tempoh 2004 hingga 2008, walaupun beliau tidak di pilih sebagai calon pada PRU12 dahulu, beliau masih menjalankan kegiatan-kegiatan amal di kawasan Batu Kawan dan juga Machang Bubok.

Menerima aduan dari peniaga gerai di kawasan Machang Bubok
           Sebagai bekas wakil Rakyat dan juga bekas Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang serta bekas Naib Presiden Parti GERAKAN beliau sangat di hormati dan di kenali ramai di Pulau Pinang terutama nya di kawasan Batu Kawan dan Bukit Mertajam. Walaupun beliau telah keluar dari Parti GERAKAN dan menyertai Parti Cinta Malaysia jasa-jasa beliau semasa menjadi wakil rakyat tidak dapat dilupakan oleh penduduk di kawasan tersebut.

          Sebagai seorang pemimpin yang perihatin walaupun bukan lagi sebagai wakil rakyat, beliau tetap meneruskan khidmat bakti beliau kepada rakyat dibawah platform Parti Cinta Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Bersama Penduduk Machang Bubok
Majlis Makan Malam bersama Rakan Cop anjuran
Pasukan Ronda Taman Chai Leng

       Beliau berhasrat untuk kembali bertanding dalam Pilihanraya Umum ke13 untuk merebut kembali kerusi Parlimen Batu Kawan yang pernah di menangi dan juga kerusi DUN Machang Bubok yang menurut beliau kedua-dua kawasan tersebut merupakan kubu kuat beliau.

             Pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Batu Kawan dan DUN Machang Bubok harus membuat pilihan yang tepat dengan memilih seorang calon yang benar-benar dapat diharapkan sebagai Wakil Rakyat mewakili mereka dan Sdr Huan Cheng Guan adalah salah seorang yang patut diberi perhatian.


PILIHAN DI TANGAN ANDA......



No comments:

Post a Comment