Thursday, June 7, 2012

REGIM DAP GUSAR DENGAN KEBANGKITAN PCM




Parti Cinta Malaysia, parti politik berpangkalan di Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2009, akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada pilihan raya umum tidak lama lagi, kata naib presidennya Huan Cheng Guan. Beliau berkata dua kerusi Parlimen itu ialah Batu Kawan dan Bagan manakala kerusi DUN ialahMachang Bubok, Bukit Tengah, Prai, Bagan Dalam, Bagan Jermal dan satu lagi kerusi akan dimaklumkan kemudian."Kita akan bertanding di Batu Kawan menentang timbalan ketua menteri dan Bagan menentang Ketua Menteri. Saya akan bertanding di Batu Kawan (kerusi Parlimen) dan Machang Bubok (kerusi DUN)."Kali ini, saya percaya situasinya berbeza memandangkan pengundi akan melihat calon yang bertanding, berbanding mengundi berdasarkan parti," katanya kepada Bernama. 

Penyandang Batu Kawan ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy manakala Bagan dipegang Ketua Menteri Lim Guan Eng.Huan, bekas naib presiden Gerakan, adalah bekas anggota Parlimen Batu Kawan dari 2004-2008, sebelum memberi laluan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac 2008. Huan kemudian bertanding di kerusi DUN Bukit Tambun tetapi kalah kepada calon PKR Law Choo Kiang, manakala Dr Ramasamy, yang memenangi kerusi DUN Prai, juga mengalahkan  Dr Koh bagi kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya itu. Huan keluar dari Gerakan pada pertengahan 2009 sebelum menyertai PCM pada penghujung tahun itu."Saya bekas anggota Parlimen Batu Kawan. Saya masih mempunyai penyokong di sana. Bagi Machang Bubok, banyak penyokong akar umbi di sana. Sebab itu, saya membuat keputusan untuk bertanding di dua kawasan ini. Peluang saya adalah lebih baik kerana memandangkan ramai orang kuat PKR di kawasan itu telah menyertai PCM," katanya. 

Huan berkata parti itu memutuskan untuk memberi tumpuan di Pulau Pinang kerana mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding di negeri lain, walaupun beliau tidak menolak kemungkinan parti itu mungkin akan bertanding di negeri lain juga.Parti itu pertama kali bertanding semasa pilihan raya negeri Sarawak, menggunakan logonya sendiri selepas Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kelulusan. PCM kalah satu-satunya kerusi parti itu di Ngemah, selepas pengerusi negeri, Gabriel Adit tewas 995 undi dengan calon Barisan Nasional Alexander Vincent. Kesemua calon lain parti itu turut kalah. Bagaimanapun, bagi pilihan raya umum ke-13, Adit dilaporkan akhbar Sarawak minggu lepas, sebagai berkata PCM tidak berminat untuk bertanding di 31 kerusi Parlimen negeri itu kerana kekurangan dana. - Bernama

No comments:

Post a Comment