Penulis telah di fahamkan bahawa Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat pengesahan akan bertanding di kerusi N14 DUN Machang Bubok pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Menurut sumber yang boleh di percayai bahawa PCM akan mempertaruhkan Naib Presiden nya sendiri SDR HUAN CHENG GUAN sebagai calon nya untuk kerusi tersebut.
Adalah difahamkan bahawa Sdr Huan Cheng Guan telah sekian lama turun ke padang menemui pengundi-pengundi di kawasan Machang Bubok yang mana beliau sangat dikenali dan dihormati oleh semua golongan dan bangsa di kawasan tersebut. Menurut pengikut-pengikut beliau di sini, Sdr Huan telah lama menjalankan kerja-kerja kebajikan di kawasan Machang Bubok dan Batu Kawan yg mana beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan bagi tempoh 2004 sehingga 2008 mewakili Parti GERAKAN.Beliau kemudiannya tidak bertanding pada PRU ke 12 yg mana BN telah tewas di kawasan tersebut. Beliau juga difahamkan mempunyai ramai pengikut di kedua-dua kawasan tersebut kerana banyak membantu penduduk-penduduk setempat dan mengambil tahu kesusahan mereka sejak beliau menjadi ahli parlimen lagi.
Sedikit sebanyak mengenai biodata Sdr Huan yg penulis perolehi adalah seperti berikut:-
Nama : MR HUAN CHENG GUAN Tempat : Pulau Pinang
Tarikh Lahir : 13hb Februari 1961 Bangsa : China
Status : Berkahwin dengan Puan Chan Siew Lan Ugama : Budha
Alamat Pejabat: No 860, Jalan Besar, Perkampungan Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam.
No H/Phone : 012-4292222
e-mail Peribadi: huan.malaysia@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/vphuan
Twitter : @HuanPCM
Blog : www.batukawan46.blogspot.com
KERJAYA
Juruteknik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 1980 - 1993
Pegawai Khas Kpd Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1993 - 1995
Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2001- 2004
Ahli Parlimen Batu Kawan 2004 - 2008
Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Merdeka 2008 - 2011
Setiausaha Eksekutif BNBBC Parlimen Malaysia 2008 - 2009
Ahli Majlis, Majlis Pengguna Pulau Pinang 2009 - kini
Pengarah Eksekutif, Empayar Kesuma Sdn. Bhd. 2011 - kini
Ahli Lembaga, Asia Bioenergy Berhad 2011- kini
JAWATAN JAWATAN DALAM POILITIK
Ketua Pemuda GERAKAN Negeri Pulau Pinang 1999 - 2008
Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang 2003 - 2008
Naib Ketua Pemuda Pusat, PGRM 2002 - 2008
Ahli Jawatankuasa PGRM Kebangsaan 2004 - 2008
Naib Pengerusi Bagi Pertyahanan & Keselamatan Kelab BNBBC 2004 - 2008
Pengerusi MAYANG Batu Kawan 2005 - 2008
AJK Persatuan Ahli-Ahli Komanwel 2005 - 2008
Pengerusi Barisan Nasional Batu Kawan 2006 - 2009
Naib Pengerusi AFPPD, Parlimen Malaysia 2007 - 2008
Naib Presiden PGRM Kebangsaan 2008 - 2009
Setiausaha Eksekuitif BNBBC 2008 - 2010
Nain Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) 2009 - kini
PENGANUGERAHAN & PENGIKTIRAFAN
1989 PPA Pingat Perkhidmatan Am -TUDM (Kerajaan Persekutuan)
1992 PJM Pingat Jasa Masyarakat - Negeri Pulau Pinang
1997 PJK Pingat Jasa Kebaktian - Negeri Pulau Pinang
2000 PKT Pingat Kelakuan Terpuji - Negeri Pulau Pinang
2003 DJN Darjah Johan Negeri - Negeri Pulau Pinang
2005 Honouary Fellowship Paris Graduate School Of Management
2007 Honouary Fellowship Society Of Business Practioners United Kingdom
2007 Kolonel (Kehormat) RELA - Kementerian Dalam Negeri
2009 Bintang Semangat Rimba - Raja Perlis(Pengakap Malaysia)
2012 Brigadier General (Kehormat) RELA - Kementerian Dalam Negeri
Beliau juga telah terlibat dalam beberapa badan NGO di peringkat negara dan antarabangsa dan telah menyertai beberapa deligasi bersama Kementerian dan juga Perdana Menteri.
Dengan Pengalaman dan ketokohan Sdr Huan di samping hubungan baik beliau dengan pengundi dan penduduk Machang Bubok sudah tentu memberi cabaran hebat kepada bakal-bakal calon yg akan bertanding di N14 DUN MACHANG BUBOK pada PRU 13 nanti.
Bagi Pengundi di N14 DUN Machang Bubok, anda tentu akan memilih seorang wakil rakyat yg memenuhi kehendak rakyat serta mampu menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh rakyat dan Sdr Huan Cheng Guan adalah salah seorang bakal calon yg akan di.pertaruhkan oleh Parti Cinta Malaysia (PCM).
BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK, ANDA MAMPU MENGUBAH.......
No comments:
Post a Comment