Thursday, June 14, 2012

BENDERA PCM IBARAT HANTU KEPADA PAKATAN RAKYAT

MAchang Bubok 13hb Jun, 2012 - Bendera Bendera parti-parti politik PCM, Umno dan Barisan Nasional yang di pasang di tepi-tepi jalan di Kawasan DUN Machang Bubok telah di buka Dan di rampas oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Adalah difahamkan ini bukanlah Kali pertama perkara seperti ini berlaku malah telah berberapa kali dilakukan oleh MPSP atas Alasan Operasi. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia YBhg Sdr Huan Cheng Guan apabila dihubungi telah mengatakan rasa kesal Beliau terhadap tindakan MPSP yg memilih bulu Kerana hanya membuka dan merampas bendera-bendera PCM Dan Barisan Nasional yg di pasang di berberapa kawasan di berberapa tempat di Machang Bubok. Yang sangat menghairankan beliau, bendera-bendera dari parti-parti Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR tidak diusik malah dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Bagi beliau ini menunjukkan Pakatan Rakyat telah bimbang dengan kehadiran PCM di Machang Bubok kerana meerka sedar bahawa wakil rakyat mereka di kawasan tersebut tidak menjalankan tanggungjawab seperti yg diharapkan oleh rakyat. Tambahan pula apabila mereka mendapat tahu yg Sdr Huan sering Turun ke padang bertemu dengan penduduk-penduduk di kawasan tersebut menambahkan lagi kebimbangan mereka dan telah mengunakan jentera MPSP untuk menurunkan bendera PCM. Sdr Huan menyifatkan tindakan MPSP itu tidak adil kerana sekiranya MPSP hendak menjalankan Operasi menurunkan bendera, mereka harus lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka dan tidak memilih bulu dengan hanya merampas bendera-bendera di sebelah pihak saja. Ini menunjukkan seolah-olah ia adalah arahan dari pihak-pihak tertentu. Sdr Huan juga menyifatkan PR Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana takut melihat bendera PCM berkibar....

No comments:

Post a Comment