Sunday, June 24, 2012

N14 DUN Machang Bubok bakal

Suara Machang Bubok mendapat tahu bahawa kerusi N14 DUN Machang Bubok bakal mempersembahkan pertandingan sekurang-kurang nya TIGA ataupun EMPAT penjuru pada Piliharaya Umum ke 13 yg bakal di adakan tidak lama nanti.

Seperti biasa PKR Sudah tentu akan mempertahankan kerusi yang di menangi mereka pada PRU 2008 tetapi akan meletakkan Calon lain kerana Wakil Rakyat yg mewakili mereka pada waktu ini dikatakan telah uzur akibat serangan angin ahmar dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat, manakala Barisan Nasional mengikut tradisi akan mempertaruhkan calon dari Parti GERAKAN memandangkan Penyelaras BN bagi DUN Machang Bubok pada waktu ini juga iaitu SDR OOI SUAN HOE adalah dari GERAKAN. Parti Cinta Malaysia (PCM) pula sudah mengesahkan akan bertanding di kawasan ini dengan meletakkan Naib Presiden nya SDR HUAN CHENG GUAN sebagai calon di Machang Bubok. SMC juga telah mendengar dari sumber-sumber yg boleh dipercayai bahawa sekurang-kurang nya seorang calon Bebas berbangsa Melayu akan turut serta dalam pertandingan tersebutpada PRU 13 nanti.

Pengundi-pengundi di kawasan DUN N14 Machang Bubok berpeluang untuk memilih seorang Wakil Rakyat yg benar-benar mampu memikul tanggungjawab seperti di kehendaki oleh mereka. Buat lah satu pilihan yang tepat bagi memastikan anda memilih seorang calon yang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat mewakili kawasan ini.

No comments:

Post a Comment