Tuesday, June 26, 2012

HUAN CHENG GUAN MENUBUHKAN KELAB CINTA MALAYSIA

  Kelab Cinta  Malaysia sebuah kelab untuk seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini telah di tubuhkan di Machang Bubok. Menurut   Presiden  nya Sdr Huan Cheng Guan yg juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, tujuan Kelab ini ditubuhkan adalah bagi  menyatupadukan semua golongan dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman .politik. Ahli-ahli Kelab akan diterapkan dengan inlai-nilai murni sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan semangat sanggup berkorban demi negara yg tercinta. Kelab Cinta Malaysia juga akan berfungsi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kerja-kerja sosial disamping aktiviti sukan dan riadah. Disamping itu kebajikan ahli adalah satu perkara yang akan paling di utamakan
oleh Kelab Cinta Malaysia.

  Menurut Sdr Huan lagi, mengikut perancangan, Kelab Cinta Malaysia akan bermula penubuhan nya di Pulau Pinang dan akan berkembang ke seluruh negara  secara  berperingkat. Beliau juga mengulas bahawa semasa beliau mengumumkan untuk menubuhkan Kelab tersebut baru-baru ini beliau tidak sangka kerana telah mendapat sambutan yang sungguh membanggakan.

  Oleh yang demikian beliau memberi komitmen akan berusaha sedaya upaya beliau bagi merealisasikan penubuhan Kelab tersebut dan akan mencari dana bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang  akan di jalankan oleh Kelab itu nanti. 

  Menurut beliau lagi sesiapa saja yang ingin menyertai Kelab ini hanya perlu mengisi borang dan tidak perlu membayar sebarang bayaran untuk menjadi ahli. Sesiapa yg ingin menjadi ahli Kelab Cinta Malaysia boleh menghubungi beliau di Talian.      012-4292222 untuk mendapatkan borang tersebut.


Contoh Borang Kelab Cinta Malaysia

No comments:

Post a Comment