Friday, August 3, 2012

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH UMRAH

PERJALANAN KE TANAH SUCI

SMB mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Umrah kepada semua jemaah Umno Bahagian Bukit Mertajam yg telah terpilih sebagai Tetamu Allah di bulan Ramadan yang mulia ini.

SMB amat terharu melihat gambar rakan-rakan yg terlibat dalam rombongan tersebut yang di upload ke dalam Facebook 

Rombongan yang turut di sertai oleh YBhg Datuk Hj Musa Sheikh Fadzir Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam bersama lebih  40 jemaah lain terdiri daripada AJK UMNO Bahagian, Ketua-ketua Umno Cawangan dan juga Pengerusi-Pengerusi JKKKP Parlimen Bukit Mertajam.

SMB di fahamkan Bahawa rombongan tersebut telah berlepas setelah selesai mengerjakan Solat Sunat Tarawih di Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam pada 25hb Julai 2012 dengan menaiki Bas yg disewa khas untuk ke LCCT Sepang untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah pada keesokan nya.

SMB amat terharu dengan Umno Bahagian Bukit Mertajam yang diterajui oleh YBhg Datuk Musa kerana telah memilih untuk ke Tanah Suci  Mekah sebagai destinasi Umno Bahagian  Bukit Mertajam yang dipimpinnya.

SMB Berdoa agar Rombongan Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah Dan Selamat Pulang ke Tanahair dengan mendapat ganjaran pahala Allah daripada ibadah Umrah yang Sempurna.

No comments:

Post a Comment