Thursday, August 16, 2012

HARAM UNDI DAP, UNDI PAS????

KENYATAAN KARPAL SINGH        TERHADAP HUKUM HUDUD DAN NEGARA ISLAM ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA 


"Cross Over My Dead body" LANGKAH MAYAT AKU DULU
Umat Islam di Malaysia seharusnya sedar bahawa kenyataan yg pernah dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh satu masa dahulu adalah satu penghinaan terhadap agama dan umat Islam di Malaysia. Ugama Islam adalah agama rasmi dan majoriti penduduk negara ini adalah beragama Islam
Sebagai sebuah negara Islam yang mendapat pengiktirafan dunia, umat Islam diMalaysia  sepatutnya memandang serius terhadap kenyataan Karpal itu. Berberapa kali sudah dia (Karpal) mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati utk pertahankan pendirian nya , maka  rakyat Malaysia yg beragama Islam juga  seharusnya sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost 'untuk pertahankan agama  Islam di Malaysia dan tidak akan biarkan mana mana pihak pun dengan sewenang wenangnya menghina agama Islam.  
Manakala PAS sebuah Parti  yg mengakui memperjuangkan Islam dan konon nya hendak menegakan negara Islam dan hendak melaksanakan Hukum Hudud sepatutnya lebih perihatin kepada isu ungkapan Pengerusi DAP itu. Malahan  pula DAP sekarang adalah rakan kongsi  PAS yg sedang berangan-angan hendak ke Putrajaya. 
Rakyat harus mendapat penjelasan dan pendirian daripada PAS mengenai isu ini memandangkan rakan sekongkol mereka DAP telah secara terbuka menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia yang kononnya diperjuangkan oleh PAS. Sekiranya PAS ikhlas dengan perjuangan mereka, maka PAS mestilah berani membuat keputusan untuk berpisah dari DAP yg terang-terang tidak sehaluan dengan perjuangan PAS. Jika sebaliknya berlaku ini menunjukkan bahawa PAS sebenarnya adalah sama seperti parti-parti politik lain  di Malaysia dan sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri kerana mengunakan nama Islam tapi tak mampu untuk mempertahankan Islam dari dihina oleh oleh rakan pakatan mereka sendiri.
Baru-baru ini seorang ulamak yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan. Abdullah Sa'amah mengharamkan orang Islam daripada menyokong dan mengundi DAP kerana secara terang-terang menolak negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Katanya lagi, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Oleh yang demikian sekiranya PAS masih lagi tidak bertindak segera berpisah daripada DAP dan  Pakatan yg bersekedudukan dengan  nya, maka mengikut fatwa Abdullah Sa' amah maka haram lah orang Islam mengundi PAS..
Wallahuawalam.....

No comments:

Post a Comment