Friday, June 29, 2012

DARI MACHANG BUBOK KE BATU KAWAN 2

RAKYAT MACHANG BUBUK DAN 
BATU KAWAN SENTIASA DI DEKATI

  HUAN CHENG GUAN Naib Presiden Parti Cinta Malaysia terus meanerus mendekati penduduk Machang Bubok dan Batu Kawan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang di anjurkan dan turut di beri penghormatan bagi merasmikan program-program yang di adakan di kawasan tersebut.

Melepaskan Konvoi Motorsikal

Bergambar bersama Peserta Johan Futsal 
Di Kawasan Batu Kawan


Bersama Penduduk Machang Bubok

  Dari masa ke semasa Huan terus turun Padang mendekati penduduk-penduduk di kawasan Machang Bubok dan Batu Kawan untuk  mendengar suara rakyat di sana. Beliau sentiasa besedia untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.








Wednesday, June 27, 2012

DARI MACHANG BUBOK KE BATU KAWAN

HUAN CHENG GUAN TERUS MENDEKATI RAKYAT

 Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan, terus mendekati rakyat di kawasan Parlimen Batu Kawan dan DUN Machang Bubok dengan menghadiri serta merasmikan beberapa program yang diadakan di kawasan-kawasan berkenaan. 

  Beliau Juga turut turun ke padang menemui rakyat  di Taman-Taman Perumahan Dan Kampung-kampung di kedua-dua kawasan yang bakal di tandingi beliau pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. 

Sdr Huan Memberi penerangan dalam Majlis  soaljawab bersama penduduk di
DUN Machang Bubok

Penyampain Sumbangan kepada Pasukan Bolasepak 
Alma Renjer FC


Perjumpaan Dan Makan Malam bersama penduduk di Kawasan 
Machang Bubok

  Sebagai seorang pemimpin yang berpengelaman dan pernah berjasa kepada rakyat  semasa menjadi Wakil Rakyat Parlimen Batu Kawan bagi tempoh 2004-2008, adalah mudah bagi Sdr Huan untuk mendekati penduduk-penduduk yang beliau pernah wakili.
Beliau tidak bertanding pada Pilihanraya Umum ke 12 kerana memberi laluan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Kun yg tewas kepada calon DAP pada Pilihanraya tersebut.





Tuesday, June 26, 2012

HUAN CHENG GUAN MENUBUHKAN KELAB CINTA MALAYSIA

  Kelab Cinta  Malaysia sebuah kelab untuk seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini telah di tubuhkan di Machang Bubok. Menurut   Presiden  nya Sdr Huan Cheng Guan yg juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, tujuan Kelab ini ditubuhkan adalah bagi  menyatupadukan semua golongan dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman .politik. Ahli-ahli Kelab akan diterapkan dengan inlai-nilai murni sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan semangat sanggup berkorban demi negara yg tercinta. Kelab Cinta Malaysia juga akan berfungsi dengan menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kerja-kerja sosial disamping aktiviti sukan dan riadah. Disamping itu kebajikan ahli adalah satu perkara yang akan paling di utamakan
oleh Kelab Cinta Malaysia.

  Menurut Sdr Huan lagi, mengikut perancangan, Kelab Cinta Malaysia akan bermula penubuhan nya di Pulau Pinang dan akan berkembang ke seluruh negara  secara  berperingkat. Beliau juga mengulas bahawa semasa beliau mengumumkan untuk menubuhkan Kelab tersebut baru-baru ini beliau tidak sangka kerana telah mendapat sambutan yang sungguh membanggakan.

  Oleh yang demikian beliau memberi komitmen akan berusaha sedaya upaya beliau bagi merealisasikan penubuhan Kelab tersebut dan akan mencari dana bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang  akan di jalankan oleh Kelab itu nanti. 

  Menurut beliau lagi sesiapa saja yang ingin menyertai Kelab ini hanya perlu mengisi borang dan tidak perlu membayar sebarang bayaran untuk menjadi ahli. Sesiapa yg ingin menjadi ahli Kelab Cinta Malaysia boleh menghubungi beliau di Talian.      012-4292222 untuk mendapatkan borang tersebut.


Contoh Borang Kelab Cinta Malaysia

Sunday, June 24, 2012

N14 DUN Machang Bubok bakal

Suara Machang Bubok mendapat tahu bahawa kerusi N14 DUN Machang Bubok bakal mempersembahkan pertandingan sekurang-kurang nya TIGA ataupun EMPAT penjuru pada Piliharaya Umum ke 13 yg bakal di adakan tidak lama nanti.

Seperti biasa PKR Sudah tentu akan mempertahankan kerusi yang di menangi mereka pada PRU 2008 tetapi akan meletakkan Calon lain kerana Wakil Rakyat yg mewakili mereka pada waktu ini dikatakan telah uzur akibat serangan angin ahmar dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat, manakala Barisan Nasional mengikut tradisi akan mempertaruhkan calon dari Parti GERAKAN memandangkan Penyelaras BN bagi DUN Machang Bubok pada waktu ini juga iaitu SDR OOI SUAN HOE adalah dari GERAKAN. Parti Cinta Malaysia (PCM) pula sudah mengesahkan akan bertanding di kawasan ini dengan meletakkan Naib Presiden nya SDR HUAN CHENG GUAN sebagai calon di Machang Bubok. SMC juga telah mendengar dari sumber-sumber yg boleh dipercayai bahawa sekurang-kurang nya seorang calon Bebas berbangsa Melayu akan turut serta dalam pertandingan tersebutpada PRU 13 nanti.

Pengundi-pengundi di kawasan DUN N14 Machang Bubok berpeluang untuk memilih seorang Wakil Rakyat yg benar-benar mampu memikul tanggungjawab seperti di kehendaki oleh mereka. Buat lah satu pilihan yang tepat bagi memastikan anda memilih seorang calon yang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat mewakili kawasan ini.

Thursday, June 21, 2012

HUAN CHENG GUAN TURUN PADANG

         PEMIMPIN PERIHATIN

         Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Sdr Huan Cheng Guan sentiasa turun ke padang bertemu dengan penduduk-penduduk Batu Kawan dan Machang Bubok untuk bertanya khabar dan menyelesaikan masalah-masalah mereka. Sejak menjadi wakil rakyat Parlimen Batu Kawan bagi tempoh 2004 hingga 2008, walaupun beliau tidak di pilih sebagai calon pada PRU12 dahulu, beliau masih menjalankan kegiatan-kegiatan amal di kawasan Batu Kawan dan juga Machang Bubok.

Menerima aduan dari peniaga gerai di kawasan Machang Bubok
           Sebagai bekas wakil Rakyat dan juga bekas Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang serta bekas Naib Presiden Parti GERAKAN beliau sangat di hormati dan di kenali ramai di Pulau Pinang terutama nya di kawasan Batu Kawan dan Bukit Mertajam. Walaupun beliau telah keluar dari Parti GERAKAN dan menyertai Parti Cinta Malaysia jasa-jasa beliau semasa menjadi wakil rakyat tidak dapat dilupakan oleh penduduk di kawasan tersebut.

          Sebagai seorang pemimpin yang perihatin walaupun bukan lagi sebagai wakil rakyat, beliau tetap meneruskan khidmat bakti beliau kepada rakyat dibawah platform Parti Cinta Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

Bersama Penduduk Machang Bubok
Majlis Makan Malam bersama Rakan Cop anjuran
Pasukan Ronda Taman Chai Leng

       Beliau berhasrat untuk kembali bertanding dalam Pilihanraya Umum ke13 untuk merebut kembali kerusi Parlimen Batu Kawan yang pernah di menangi dan juga kerusi DUN Machang Bubok yang menurut beliau kedua-dua kawasan tersebut merupakan kubu kuat beliau.

             Pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Batu Kawan dan DUN Machang Bubok harus membuat pilihan yang tepat dengan memilih seorang calon yang benar-benar dapat diharapkan sebagai Wakil Rakyat mewakili mereka dan Sdr Huan Cheng Guan adalah salah seorang yang patut diberi perhatian.


PILIHAN DI TANGAN ANDA......



Tuesday, June 19, 2012

PCM MINTA KDN KAJI KUASA POLIS BANTUAN MPSP

LIM GUAN ENG HARUS BERTANGGUNGJAWAB

Satu repot polis telah di buat oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Sdr Huan Cheng Guan semalam terhadap MPSP kerana menurunkan bendera PCM yang dipasang di atas tanah persendirian

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 19hb Jun Mukasurat 3o


Salinan Repot 

Monday, June 18, 2012

HUAN CHENG GUAN (PCM) MEMBUAT LAPORAN POLIS

GUAN ENG TAKUT TERNAMPAK 
BENDERA PCM

Machang Bubok- 18hb Jun, 2012, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Sdr Huan Cheng Guan hari ini telah membuat satu laporan Polis terhadap penguatkuasa MPSP kerana telah membuka dan merampas bendera PCM yang baru di pasang di dalam kawasan tanah persendirian di Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Ini lah sebahagian daripada Bendera PCM yg di pasang di tanah
Persendirian yang telah di rampas oleh MPSP

Menurut Huan, sebelum ini perkara seperti ini telah beberapa kali berlaku tetapi beliau masih boleh bersabar lagi dan bagi kali ini beliau berasa tercabar kerana bendera-bendera PCM yang di rampas oleh pihak berkuasa MPSP adalah di pasang di pagar kawasan tanah persendirian. Beliau merasakan bahawa perkara ini berlaku diatas arahan daripada pihak tertentu kerana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengadakan lawatan kerja di kawasan Machang Bubok pada pukul 12.00 tengah hari tersebut (Ahad) dan bendera-bendera PCM telah diturunkan dan di rampas oleh pihak penguatkuasa MPSP  pada pagi hari yang sama sebelum ketibaan Lim Guan Eng ke kawasan tersebut.

Di manakah kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat sedangkan memasang bendera di kawasan persendirian pun di rampas kerana Lim Guang Eng akan melawat kawasan tersebut. Ini menunjukkan bahawa PR telah takut untuk menghadapi PCM sehinggakan bendera PCM pun mereka takut dan terpaksa mengarah dan mengunakan penjawat awam yg mereka kuasai untuk mengambil tindakan. Ini adalah penyalahgunaan kuasa dan menurut Huan lagi beliau akan melanjutkan satu lagi laporan ke SPRM sebagai tindakan seterusnya.

 Huan sedang membuat Laporan Polis

Huan pada Sidang Media selepas 
membuat Laporan Polis

Ini lah kerajaan Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh Lim Guan Eng, cakap tak serupa bikin.. baru memerintah kerajaan negeri sudah salahgunakan kuasa untuk kepentingan parti nya bagaimana kalau memerintah negara??? Rakyat harus sedar dan jangan memilih mereka lagi dalam PRU 13 nanti, ulas Huan lagi.


Thursday, June 14, 2012

BENDERA PCM IBARAT HANTU KEPADA PAKATAN RAKYAT

MAchang Bubok 13hb Jun, 2012 - Bendera Bendera parti-parti politik PCM, Umno dan Barisan Nasional yang di pasang di tepi-tepi jalan di Kawasan DUN Machang Bubok telah di buka Dan di rampas oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Adalah difahamkan ini bukanlah Kali pertama perkara seperti ini berlaku malah telah berberapa kali dilakukan oleh MPSP atas Alasan Operasi. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia YBhg Sdr Huan Cheng Guan apabila dihubungi telah mengatakan rasa kesal Beliau terhadap tindakan MPSP yg memilih bulu Kerana hanya membuka dan merampas bendera-bendera PCM Dan Barisan Nasional yg di pasang di berberapa kawasan di berberapa tempat di Machang Bubok. Yang sangat menghairankan beliau, bendera-bendera dari parti-parti Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR tidak diusik malah dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Bagi beliau ini menunjukkan Pakatan Rakyat telah bimbang dengan kehadiran PCM di Machang Bubok kerana meerka sedar bahawa wakil rakyat mereka di kawasan tersebut tidak menjalankan tanggungjawab seperti yg diharapkan oleh rakyat. Tambahan pula apabila mereka mendapat tahu yg Sdr Huan sering Turun ke padang bertemu dengan penduduk-penduduk di kawasan tersebut menambahkan lagi kebimbangan mereka dan telah mengunakan jentera MPSP untuk menurunkan bendera PCM. Sdr Huan menyifatkan tindakan MPSP itu tidak adil kerana sekiranya MPSP hendak menjalankan Operasi menurunkan bendera, mereka harus lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka dan tidak memilih bulu dengan hanya merampas bendera-bendera di sebelah pihak saja. Ini menunjukkan seolah-olah ia adalah arahan dari pihak-pihak tertentu. Sdr Huan juga menyifatkan PR Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana takut melihat bendera PCM berkibar....

Thursday, June 7, 2012

IMBAS KEMBALI YBHG SDR HUAN CHENG GUAN SEMASA BERGELAR AHLI PARLIMEN BATU KAWAN 2004-2008


YBhg Sdr Huan Cheng Guan  semasa beliau memikul tanggung jawab sebagai Wakil Rakyat  kawasan Parlimen Batu Kawan bagi tempoh 2004 - 2008.

KAWASAN SAYA PART 1


KAWASAN SAYA PART 2


KAWASAN SAYA PART 3

Huan Cheng Guan semasa menjadi wakil rakyat Parlimen Batu Kawan sungguh perihatin kepada masaalah rakyat dan beliau sentiasa bersedia dan selalu turun ke padang bagi mendengar keluhan rakyat.

REGIM DAP GUSAR DENGAN KEBANGKITAN PCM




Parti Cinta Malaysia, parti politik berpangkalan di Pulau Pinang yang ditubuhkan pada 2009, akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada pilihan raya umum tidak lama lagi, kata naib presidennya Huan Cheng Guan. Beliau berkata dua kerusi Parlimen itu ialah Batu Kawan dan Bagan manakala kerusi DUN ialahMachang Bubok, Bukit Tengah, Prai, Bagan Dalam, Bagan Jermal dan satu lagi kerusi akan dimaklumkan kemudian."Kita akan bertanding di Batu Kawan menentang timbalan ketua menteri dan Bagan menentang Ketua Menteri. Saya akan bertanding di Batu Kawan (kerusi Parlimen) dan Machang Bubok (kerusi DUN)."Kali ini, saya percaya situasinya berbeza memandangkan pengundi akan melihat calon yang bertanding, berbanding mengundi berdasarkan parti," katanya kepada Bernama. 

Penyandang Batu Kawan ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy manakala Bagan dipegang Ketua Menteri Lim Guan Eng.Huan, bekas naib presiden Gerakan, adalah bekas anggota Parlimen Batu Kawan dari 2004-2008, sebelum memberi laluan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac 2008. Huan kemudian bertanding di kerusi DUN Bukit Tambun tetapi kalah kepada calon PKR Law Choo Kiang, manakala Dr Ramasamy, yang memenangi kerusi DUN Prai, juga mengalahkan  Dr Koh bagi kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya itu. Huan keluar dari Gerakan pada pertengahan 2009 sebelum menyertai PCM pada penghujung tahun itu."Saya bekas anggota Parlimen Batu Kawan. Saya masih mempunyai penyokong di sana. Bagi Machang Bubok, banyak penyokong akar umbi di sana. Sebab itu, saya membuat keputusan untuk bertanding di dua kawasan ini. Peluang saya adalah lebih baik kerana memandangkan ramai orang kuat PKR di kawasan itu telah menyertai PCM," katanya. 

Huan berkata parti itu memutuskan untuk memberi tumpuan di Pulau Pinang kerana mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding di negeri lain, walaupun beliau tidak menolak kemungkinan parti itu mungkin akan bertanding di negeri lain juga.Parti itu pertama kali bertanding semasa pilihan raya negeri Sarawak, menggunakan logonya sendiri selepas Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kelulusan. PCM kalah satu-satunya kerusi parti itu di Ngemah, selepas pengerusi negeri, Gabriel Adit tewas 995 undi dengan calon Barisan Nasional Alexander Vincent. Kesemua calon lain parti itu turut kalah. Bagaimanapun, bagi pilihan raya umum ke-13, Adit dilaporkan akhbar Sarawak minggu lepas, sebagai berkata PCM tidak berminat untuk bertanding di 31 kerusi Parlimen negeri itu kerana kekurangan dana. - Bernama