Tuesday, August 21, 2012

MAJOR HUAN CHENG GUAN PERIHATIN

BENCANA DI HARI RAYA
MAJOR HUAN HULUR BANTUAN.

Ketika Umat Islam sibuk Dan gembira menyambut hari lembaran, sebuah keluarga di Kampung Jawa,Bukit Tengah, Seberang Perai di kawasan Parlimen Batu Kawan bersedih apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran yang menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.



Major Huan Cheng Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) telah membuat kunjungan ketempat kejadian bersama-sama dengan Ketua Umno Bahagian Batu Dato' Nordin Kassim bagi memantau keadaan serta menghulurkan bantuan.Turut.bersama mereka adalah Timbalan Ketua dan Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Kawan.



Major Huan secara peribadi telah menghulurkan bantuan segera bagi meringgankan beban yang di tanggung oleh mangsa. Menurut Major Huan, rumahmangsa yang terbakar itu terletak dalam Tanah orang lain Dan Tuan Tanah tersebut tidak membenarkan pembinaan semula bangunan baru diatas Tanah tersebut. Major Huan akan cuba membantu mangsa bagi mendapatkan rumah sewa untuk sementara waktu sebelum memikirkan cara lain bagi membantu keluarga tersebut.

Thursday, August 16, 2012

HARAM UNDI DAP, UNDI PAS????

KENYATAAN KARPAL SINGH        TERHADAP HUKUM HUDUD DAN NEGARA ISLAM ADALAH SATU PENGHINAAN TERHADAP ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA 


"Cross Over My Dead body" LANGKAH MAYAT AKU DULU
Umat Islam di Malaysia seharusnya sedar bahawa kenyataan yg pernah dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh satu masa dahulu adalah satu penghinaan terhadap agama dan umat Islam di Malaysia. Ugama Islam adalah agama rasmi dan majoriti penduduk negara ini adalah beragama Islam
Sebagai sebuah negara Islam yang mendapat pengiktirafan dunia, umat Islam diMalaysia  sepatutnya memandang serius terhadap kenyataan Karpal itu. Berberapa kali sudah dia (Karpal) mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati utk pertahankan pendirian nya , maka  rakyat Malaysia yg beragama Islam juga  seharusnya sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost 'untuk pertahankan agama  Islam di Malaysia dan tidak akan biarkan mana mana pihak pun dengan sewenang wenangnya menghina agama Islam.  
Manakala PAS sebuah Parti  yg mengakui memperjuangkan Islam dan konon nya hendak menegakan negara Islam dan hendak melaksanakan Hukum Hudud sepatutnya lebih perihatin kepada isu ungkapan Pengerusi DAP itu. Malahan  pula DAP sekarang adalah rakan kongsi  PAS yg sedang berangan-angan hendak ke Putrajaya. 
Rakyat harus mendapat penjelasan dan pendirian daripada PAS mengenai isu ini memandangkan rakan sekongkol mereka DAP telah secara terbuka menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia yang kononnya diperjuangkan oleh PAS. Sekiranya PAS ikhlas dengan perjuangan mereka, maka PAS mestilah berani membuat keputusan untuk berpisah dari DAP yg terang-terang tidak sehaluan dengan perjuangan PAS. Jika sebaliknya berlaku ini menunjukkan bahawa PAS sebenarnya adalah sama seperti parti-parti politik lain  di Malaysia dan sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri kerana mengunakan nama Islam tapi tak mampu untuk mempertahankan Islam dari dihina oleh oleh rakan pakatan mereka sendiri.
Baru-baru ini seorang ulamak yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan. Abdullah Sa'amah mengharamkan orang Islam daripada menyokong dan mengundi DAP kerana secara terang-terang menolak negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Katanya lagi, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Oleh yang demikian sekiranya PAS masih lagi tidak bertindak segera berpisah daripada DAP dan  Pakatan yg bersekedudukan dengan  nya, maka mengikut fatwa Abdullah Sa' amah maka haram lah orang Islam mengundi PAS..
Wallahuawalam.....

Sunday, August 12, 2012

HARAM UNDI DAP DAN RAKAN SEKONGKOLNya


UNDI PCM PUN OK LA


KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), 

Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.

"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

"Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya. 

*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12

UNDI DAP HARAM.....?????

PADAN MUKA DAP
DATUK LEE CHONG WEI JOIN KELAB CINTA 1 MALAYSIA



Sebentar tadi menerusi facebook Mejar Huan Cheng Guan , Datuk Lee Chong Wei sah menyertai Kelab Cinta Malaysia dan beliau telah   dilantik sebagai  Penasihat kelab berkenaan .

Adakah beliau selepas ini akan menjadi ahli Parti Cinta Malaysia ? Ini kerana  Mejar Huan sendiri  adalah pemimpin parti  berkenaan . 

Apa yang pasti wira negara ini tak sokong DAP !! ..haha.. wakil rakyat DAP lah yang menghina pengorbanan & perjuangannya ketika di Olimpik London 2012

Sumber Facebook 

Friday, August 10, 2012

DATUK LCW SERTAI KELAB CINTA 1 MALAYSIA

PADAN MUKA DAP
DATUK LEE CHONG WEI JOIN KELAB CINTA 1 MALAYSIA



Sebentar tadi menerusi facebook Mejar Huan Cheng Guan , Datuk Lee Chong Wei sah menyertai Kelab Cinta Malaysia dan beliau telah   dilantik sebagai  Penasihat kelab berkenaan .

Adakah beliau selepas ini akan menjadi ahli Parti Cinta Malaysia ? Ini kerana  Mejar Huan sendiri  adalah pemimpin parti  berkenaan . 

Apa yang pasti wira negara ini tak sokong DAP !! ..haha.. wakil rakyat DAP lah yang menghina pengorbanan & perjuangannya ketika di Olimpik London 2012

Sumber Facebook

Friday, August 3, 2012

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH UMRAH

PERJALANAN KE TANAH SUCI

SMB mengucapkan selamat mengerjakan ibadah Umrah kepada semua jemaah Umno Bahagian Bukit Mertajam yg telah terpilih sebagai Tetamu Allah di bulan Ramadan yang mulia ini.

SMB amat terharu melihat gambar rakan-rakan yg terlibat dalam rombongan tersebut yang di upload ke dalam Facebook 

Rombongan yang turut di sertai oleh YBhg Datuk Hj Musa Sheikh Fadzir Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam bersama lebih  40 jemaah lain terdiri daripada AJK UMNO Bahagian, Ketua-ketua Umno Cawangan dan juga Pengerusi-Pengerusi JKKKP Parlimen Bukit Mertajam.

SMB di fahamkan Bahawa rombongan tersebut telah berlepas setelah selesai mengerjakan Solat Sunat Tarawih di Mesjid Sungai Rambai, Bukit Mertajam pada 25hb Julai 2012 dengan menaiki Bas yg disewa khas untuk ke LCCT Sepang untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah pada keesokan nya.

SMB amat terharu dengan Umno Bahagian Bukit Mertajam yang diterajui oleh YBhg Datuk Musa kerana telah memilih untuk ke Tanah Suci  Mekah sebagai destinasi Umno Bahagian  Bukit Mertajam yang dipimpinnya.

SMB Berdoa agar Rombongan Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah Dan Selamat Pulang ke Tanahair dengan mendapat ganjaran pahala Allah daripada ibadah Umrah yang Sempurna.