Sunday, July 22, 2012

SELAMAT BERPUASA DARI SUARA N14 MACHANG BUBOK

SELAMAT MENYAMBUT 
RAMADAN AL MUBARAK


SMB mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh negara khasnya kepada mereka yg berada di kawasan DUN Machang Bubok, semoga Ramadhan kali ini dapat di sempurnakan dengan penuh tawaduk dan diterima oleh Allah SWT,

Amin,,,,,,

Monday, July 2, 2012

CALON CALON DUN N14 MACHANG BUBOK

DUN N14 MACHANG BUBOK

BN,PCM, PKR & BEBAS

  Machang Bubok akan menjadi tumpuan para calon pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Sudah pasti PCM yang telah pun mengesahkan akan bertanding untuk kerusi tersebut dengan mempertaruhkan Naib Presiden nya Huan Cheng Guan sebagai calon mewakili PCM. Huan Cheng Guan adalah beaks Wakil Rakyat Parlimen Batu Kawan mewakili BARISAN NASIONAL dari Parti GERAKAN  bagi tempoh 2004 - 2008 tetapi pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008 beliau tidak bertanding kerana memberi laluan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon untuk bertanding di Parlimen tersebut. Walaubagaimanapun Tan Sri Koh Tsu Koon telah tewas dalam Pilihanraya tersebut. Huan , Guan juga adalah bekas Naib Presiden Parti Gerakan pada masa itu telah mengambil keputusan keluar dari parti Gerakan dan menyertai PARTI CINTA MALAYSIA dan telah dilantik sebagai Naib Presiden Parti tersebut.

Huan Cheng Guan

  Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) sudah pasti mengikut tradisi masih mahukan kerusi tersebut mewakili BARISAN NASIONAL walaupun telah tewas dalam Pilihanraya Umum ke 12 yg lalu. Perkara ini dikuatkan lagi dengan perlantikan OOI SUAN HOE dari parti tersebut sebagai Penyelaras DUN Machang Bubok. Ooi seorang tokoh muda berkelulusan Ijazah Kejuteraan dari luar negara, sering kelihatan di kawasan Machang Bubok bagi menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Penyelaras DUN. Tetapi setelah pucuk pimpinan GERAKAN negeri dan juga BARISAN NASIONAL telah berubah, kurang pasti samaada Nama Ooi Suan Hoe masih akan di kekalkan sebagai bakal calon mewakili Barisan Nasional atau sebaliknya. Ini berikutan perlantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional negeri Pulau Pinang oleh Perdana Menteri pada April lalu mengantikan Tan Sri Koh Tsu Koon. Teng Chang Yeow yang juga adalah pengerusi GERAKAN negeri Pulau Pinang yang baru juga dikatakan sedang cuba mengintai untuk mencari tempat di kerusi DUN Machang Bubok. 

                                Ooi  Suan Hoe               Teng Chang Yeow
              Penyelaras BN DUN Machang Bubok             Pengerusi BN Pulau Pinang

  Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pasti akan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi pada Pilihanraya 2008 yang lalu. Cuma yang menjadi tanda soal ialah siapakah bakal calon yang akan di pertaruhkan oleh PKR. Apa kah YB  Tan Hock Leong bakal di kekalkan sebagai calon mereka? Mampukah beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat. Menurut sumber Dari PKR YB Tan Hock Leong tidak akan bertanding dalam PRU13 nanti berikutan masaalah kesihatan selepas diserang angin ahmar tempoh hari. Menurut sumber itu lagi ada beberapa nama lain yang sedang dikenalpasti dikatakan akan mengantikan tempat  Tan pada PRU13 nanti. 

YB Tan Hock Leong

  Seorang lagi Calon yang sedang diwar-warkan akan turut serta bertanding bagi merebut kerusi DUN Machang Bubok dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti ialah Wan Balkis Wan Abdullah iaitu Pengasas dan Pengerusi Persatuan Putra Malaysia. Beliau di katakan akan bertanding diatas tiket BEBAS, penyertaan Wan Balkis yg berasal dari Kampung Junjung iaitu berdekatan dengan Machang Bubok tidak boleh di pandang mudah kerana beliau dikatakan mempunyai ramai pengikut terutamanya ahli Persatuan  Putra di kawasan itu.
Wan Balkis Wan Abdullah

  Sehingga sekarang hanya itu lah saja bakal-bakal calon yg di kesan oleh Suara Machang Bubok yang di katakan akan bertanding di N14 DUN ,Machang Bubok pada Pilihanraya Umum Ke13 nanti. Sekiranya Ada berita terbaru SMB akan terus mengemaskini di dalam blog ini. Terus mengikut blog ini untuk berita seterusnya.